Faqih Group Sdn Bhd (sebelumnya dikenali Faqih Synergiz Training & Consultancy) diasaskan pada tahun 2024 dengan visi yang jelas untuk menjadi peneraju dalam industri penerbitan buku negara.
Bermula dengan sebuah pejabat kecil dan pasukan yang terdiri daripada tiga orang yang penuh dedikasi, syarikat kami memulakan perjalanan dengan menerbitkan buku-buku berkualiti dalam penyelidikan Al-Quran, Hadith dan persoalan agama.
Pada awalnya, kami berfokus kepada penerbitan karya penulis utama kami Ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor yang berbakat dan bersemangat untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat awam.
Menjadi peneraju utama dalam industri penerbitan buku dengan mengangkat karya penulis berpotensi dan membangunkan bakat individu melalui latihan pendidikan berterusan yang berasaskan pengetahuan.
Penerbitan Buku: Menghasilkan dan menerbitkan buku-buku berkualiti tinggi yang menginspirasi dan mendidik pembaca ke arah budaya masyarakat membaca.
Latihan dan Pembangunan: Menyediakan program latihan yang komprehensif dan disesuaikan untuk membantu individu dan organisasi meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang masing-masing.
Khidmat Perundingan: Memberikan khidmat perundingan yang profesional dan berpandukan data terkini, membantu pelanggan mengatasi cabaran industri dan mencapai matlamat perniagaan mereka dengan lebih berkesan.
Webinar dan Pembelajaran Digital: Menganjurkan webinar dan platform pembelajaran digital yang interaktif dan relevan, memastikan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat.